Latar belakang Hertz

Unit hertz dinamakan bersempena Heinrich Rudolf Hertz, seorang ahli fizik Jerman yang memberi sumbangan penting dalam keelektromagnetan.

Nama untuk unit ini ditentukan Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa pada tahun 1930[2] dan kemudiannya diterima Persidangan Am Timbang dan Ukur pada tahun 1960 menggantikan nama terdahulu mewakili kuantitinya iaitu "kitar per saat" (cycles per second) serta unit terbitan gandaannya yang berkaitan seperti yang berimbuhan kilo (kc/s), mega (Mc/s), dan kilomega (kMc/s). Kegunaan nama unit yang baru ini sebagai menggantikan kitaran sesaat lama-kelamaan menjadi hampir menyeluruh pada tahun 1970-an.